PETALING JAYA: Kerajaan akan terus memberi bantuan kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek termasuk perlindungan, sokongan dan mewujudkan ruang selamat kepada mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, wanita adalah tonggak utama negara sekalipun mereka hanya bekerja dan menyumbang di belakang tabir. “Sempena Hari Wanita ini, marilah kita bersama-sama terus menghargai dan memartabatkan peranan wanita sebagai rakan penting dalam membentuk masa depan negara. Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara. Selamat…










