KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan Malaysia mencapai kedudukan kesembilan dalam Indeks Keamanan Global (Global Peace Index) menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, indeks ini menjadi rujukan penting terutamanya bagi pelabur kerana tiada pelabur mahu menanam modal besar tanpa jaminan keamanan. “Sempena Hari Polis ke-219, kerajaan menegaskan tekadnya untuk mempertahankan kedudukan semasa dengan sasaran itu dicapai dalam tempoh lima tahun,”…











