Israel tiada hak halang umat Islam solat di Masjid al-Aqsa

Israel tiada hak halang umat Islam solat di Masjid al-Aqsa

Gambar SEJUMLAH penganut Islam bersolat Jumaat pada Ramadan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, tahun lalu. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan Israel menutup Masjid al-Aqsa kepada jemaah, khususnya ketika bulan Ramadan.

Dalam satu kenyataan, blok serantau itu menegaskan Israel tidak mempunyai hak untuk mengambil sebarang langkah yang menghalang umat Islam daripada beribadah di masjid berkenaan.

Menurutnya, tindakan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan boleh membawa implikasi serius terhadap keamanan serta keselamatan serantau dan global.

Liga Arab turut menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan tindakan yang disifatkan menyalahi undang-undang di tapak suci Baitulmuqaddis serta menghormati kebebasan beribadah.

Kenyataan itu dibuat ketika Israel terus menutup Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki sejak bermulanya perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran pada 28 Februari.

Pada masa sama, kira-kira hanya 50 jemaah dibenarkan menunaikan solat di Masjid Ibrahimi di Tebing Barat yang diduduki.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN