Israel nafi kekurangan bekalan peluru berpandu

Israel nafi kekurangan bekalan peluru berpandu

KERETA-kereta kebal Israel ditempatkan di utara sepanjang sempadan Israel-Lubnan pada 8 Mac lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Menteri Luar Israel, Gideon Saar, pada Ahad menafikan laporan media Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa Israel menghadapi kekurangan ‘kritikal’ dalam bekalan pemintas peluru berpandu.

Beliau juga menafikan laporan Israel sedang mengadakan sebarang rundingan dengan Lubnan mengenai perang.

Saar mengulas perkara itu ketika melawat sebuah lokasi di utara Israel yang rosak akibat serangan peluru berpandu Iran, menolak laporan Semafor Israel mungkin akan segera mengadakan rundingan dama secara terus dengan Lubnan.

Beliau berkata, Israel berkongsi pandangan yang selaras dengan AS dan objektif mereka adalah untuk ‘menghapuskan ancaman eksistensial dari Iran dalam jangka panjang’.

“Kami tidak mahu terlibat dalam perang baharu setiap tahun,” katanya.

Saar membuat kenyataan itu dari sebuah pekan Arab Badwi di utara Israel berhampiran pangkalan Tentera Udara Israel, di mana rumah rosak akibat serangan peluru berpandu Iran minggu lalu.

Akhbar Israel, Haaretz, melaporkan pada Sabtu Israel dan Lubnan dijangka mengadakan rundingan secara langsung dalam beberapa hari akan datang.

Kedua-dua laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan.

Laporan tersebut berkata, Iran menggunakan beberapa peluru berpandu dengan peluru berangkai, yang menyukarkan usaha pemintas dan mempercepatkan pengurangan stok simpanan pemintas Israel.

Laporan yang sama menambah, AS tidak menghadapi kekurangan sedemikian dan masih mengekalkan rizab pemintasan yang ketara.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kebimbangan yang semakin meningkat bahawa perang berpanjangan dengan Iran boleh mengurangkan bekalan peluru berpandu dengan cepat.

Lubnan terlibat dalam perang pada 2 Mac apabila Hezbollah melepaskan tembakan ke arah Israel, dengan menyatakan serangan itu bertujuan membalas pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Israel bertindak balas dengan tegas, dan serangan mereka setakat ini mengorbankan lebih 850 orang di Lubnan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN