ETS, KTM Komuter Batang Benar–Labu kembali beroperasi

ETS, KTM Komuter Batang Benar–Labu kembali beroperasi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter antara Stesen Batang Benar dan Labu kembali beroperasi seperti biasa selepas kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi selesai, awal pagi tadi.

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kerja pembaikan diselesaikan sepenuhnya pada pukul 3.56 pagi dan semua perkhidmatan ETS dan KTM Komuter di laluan terlibat kembali beroperasi mengikut jadual ditetapkan.

“Sepanjang tempoh gangguan, KTMB mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penumpang terpelihara, termasuk menyediakan bas pengantara serta bantuan kakitangan di lapangan.

“Kesemua penumpang ET dan KTM omuter yang terjejas telah selamat tiba ke destinasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KTMB berkata, pihaknya komited memastikan sebarang gangguan ditangani segera melalui tindakan pemulihan pantas serta pemantauan operasi berterusan bagi meminimumkan kesan kepada pengguna.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan, selain memohon maaf atas kesulitan yang dialami.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi KTMB, manakala orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 untuk pertanyaan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN