Enam tentera Perancis cedera dalam serangan dron di Iraq

Enam tentera Perancis cedera dalam serangan dron di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ERBIL: Sekurang-kurangnya enam askar Perancis cedera dalam serangan dron yang menyasarkan sebuah pangkalan tentera di Iraq, hanya beberapa jam selepas kemudahan United Kingdom (UK) turut menerima serangan sama di negara berkenaan.

Serangan ke atas ibu pejabat yang dikongsi bersama tentera Perancis dan pasukan Peshmerga Kurdistan Iraq itu dipercayai melibatkan dua buah dron.

Gabenor Erbil, Omed Koshnaw, mengesahkan tiada anggota Peshmerga berada di lokasi kejadian semasa serangan tersebut berlaku.

Pangkalan tersebut terletak di kawasan Makhmour, Kurdistan Iraq, kira-kira 80 kilometer (km) dari ibu kota Erbil.

“Ini semua adalah pergerakan kumpulan pengganas di Iraq dan kami menegaskan semula bahawa kerajaan Iraq tidak memandang serius perkara ini,” ujar Koshnaw.

Beliau menambah, sekiranya kumpulan luar undang-undang ini adalah sebahagian daripada kerajaan Iraq, maka kerajaan harus bertanggungjawab.

Namun, jika sebaliknya, aparat keselamatan negara itu mempunyai tanggungjawab untuk mengekang kumpulan tersebut.

Menurut jurucakap kakitangan am, tentera Perancis yang terlibat ketika itu sedang menjalankan aktiviti latihan mencegah keganasan bersama rakan sejawatan dari Iraq.

Kesemua mangsa dikejarkan ke kemudahan perubatan terdekat untuk rawatan segera.

Insiden itu bukanlah serangan pertama yang melanda Iraq dalam konflik yang sedang berlarutan.

Malam tadi, sebuah pangkalan British turut menjadi sasaran serangan sekumpulan dron Iran yang mencederakan pasukan gabungan ketika juruterbang Tentera Udara Diraja (RAF) sedang melakukan misi penerbangan di zon perang.

Serangan dron itu menyebabkan sebuah kem di utara Iraq terbakar, manakala beberapa projektil lain berjaya dipintas oleh sistem pertahanan.

Pagi ini, Setiausaha Pertahanan Britain menggesa agar konflik di Asia Barat segera ditamatkan memandangkan Selat Hormuz masih tersekat dan lebih banyak kapal dilaporkan diserang. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN