BEIJING: China menggesa Afghanistan dan Pakistan menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara melalui dialog serta rundingan tanpa menggunakan kekerasan.
Menurut kenyatan Kementerian Luar China pada Jumaat, gesaan itu disampaikan menterinya, Wang Yi, dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Afghanistan, Amir Khan Muttaqi.
Beliau turut menggesa kedua-dua pihak supaya bertenang dan menahan, selain mengadakan rundingan secara bersemuka secepat mungkin, mencapai gencatan senjata serta menyelesaikan pertikaian melalui dialog.
Wang menegaskan, penggunaan kekerasan yang berterusan hanya akan merumitkan keadaan dan meningkatkan ketegangan.
Kenyataan kementerian itu dikeluarkan selepas Pakistan pada Jumaat mengebom depot bahan api milik syarikat penerbangan swasta Kam Air berhampiran lapangan terbang Kandahar di Afghanistan, sekali gus meningkatkan konflik terburuk antara dua negara jiran tersebut, walaupun China berusaha menjadi pengantara.
Pada masa sama, kedua-dua menteri luar berkenaan turut bertukar pandangan mengenai situasi di Iran.
Wang berkata, Beijing bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa, termasuk Afghanistan, bagi membantu memulihkan keamanan di Iran.- AGENSI










