CAS penentu kejuaraan AFCON Senegal

CAS penentu kejuaraan AFCON Senegal

Motsepe merancang untuk mengadakan lawatan ke Senegal dan Maghribi dalam masa terdekat, bagi meredakan ketegangan serta menekankan kepentingan kerjasama demi memajukan bola sepak Afrika.. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Presiden Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF), Patrice Motsepe menegaskan beliau akan menghormati apa jua keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung rayuan Senegal selepas dilucutkan kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

“Saya akan menghormati dan melaksanakan keputusan CAS. Pandangan peribadi saya mengenai perkara ini tidak relevan,” kata Motsepe dalam sidang media di Kaherah selepas mesyuarat eksekutif CAF.

Kontroversi itu tercetus susulan keputusan badan rayuan CAF yang membatalkan kemenangan 1-0 Senegal ke atas tuan rumah Maghribi pada final AFCON di Rabat, 18 Januari lalu.

Dalam perlawanan penuh dramatik itu, sebahagian besar pemain Senegal bersama ketua jurulatih, Pape Thiaw dan barisan kejurulatihan bertindak meninggalkan padang sebagai tanda protes selepas Maghribi dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, selepas kembali menyambung aksi, Brahim Diaz gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut sebelum Pape Gueye muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan.

Susulan insiden itu, jawatankuasa disiplin CAF mengenakan denda terhadap beberapa individu daripada kedua-dua pasukan, namun tidak mengubah keputusan perlawanan.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Maghribi mengemukakan rayuan dan kemudiannya diberikan kemenangan 3-0, dengan Motsepe menjelaskan bahawa badan rayuan tersebut dianggotai hakim serta peguam bebas.

Ketika berdepan Peru dalam aksi pemanas badan Piala Dunia 2026 di Paris Sabtu lalu, Senegal mencetuskan perhatian apabila memperagakan trofi AFCON.

skuad Teranga Lions turut beraksi dengan jersi memaparkan dua bintang, satu bagi kejuaraan 2022 dan satu lagi merujuk kepada kemenangan yang masih menjadi pertikaian.

Motsepe merancang untuk mengadakan lawatan ke Senegal dan Maghribi dalam masa terdekat, bagi meredakan ketegangan serta menekankan kepentingan kerjasama demi memajukan bola sepak Afrika.

“Kita perlu terus bekerjasama demi masa depan bola sepak Afrika yang lebih baik,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN