PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong dimasukkan ke hospital, hari ini. Tanpa memperincikannya, Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu memaklumkan bahawa doktor menasihatinya supaya berehat seketika. “Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina. “Doktor nasihatkan agar berehat seketika,” katanya dalam hantaran melalui akaun Facebook miliknya, hari ini. Bagaimanapun, beliau memberitahu akan kembali dengan lebih kuat tidak lama lagi. “Kebaikan akan…










