Semua pemain profesional setuju sertai Piala Thomas, Uber

Semua pemain profesional setuju sertai Piala Thomas, Uber

Goh Jin Wei-: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pemain profesional bersetuju untuk menyarung jersi negara dalam kempen Piala Thomas dan Piala Uber di Horsens, Denmark pada 24 April hingga 3 Mei depan.

Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei menjadi pemain terakhir yang bersetuju menyertai skuad Piala Uber, sekali gus kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei bersetuju kembali menyarung jersi negara dalam saingan Piala Thomas.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, persetujuan itu memberi gambaran positif terhadap semangat kebersamaan menjelang kejohanan berpasukan paling berprestij itu.

“Kita semua dah dapat maklum balas daripada semua pemain profesional termasuk Zii Jia dan mereka semua setuju untuk mewakili negara dalam Piala Thomas dan Uber.

“Sekarang kita dalam proses menguruskan sama ada mereka nak ke latihan berpusat dan juga beberapa perkara lain yang kita perlu uruskan,” kata Kenny selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Dengan kesepakatan yang dicapai, tumpuan BAM kini terarah kepada penyelarasan latihan dan pemilihan kombinasi terbaik sebelum senarai akhir dihantar kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 10 April depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN