PETALING JAYA: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular menyalakan siren dan lampu pandu arah di sebuah lebuh raya baru-baru ini sebenarnya mempunyai kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penggunaan isyarat amaran tersebut. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya sudah mengenal pasti MPV berkenaan dan pemiliknya. Semakan mendapati kenderaan itu digunakan untuk tugas rasmi sebuah kementerian dan penggunaan…










