Liek Hou pertahan gelaran dunia

Liek Hou pertahan gelaran dunia

CHEAH LIEK HOU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh para badminton negara, Cheah Liek Hou nyata sukar dicabar apabila muncul juara dalam Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Manama, Bahrain, hari ini.

Atlet berusia 38 tahun itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil Taiwan, Fang Jen-Yu 21-6, 21-11 bagi kategori SU5 lelaki (kecacatan fizikal) di Isa Sports City.

Itu merupakan kali kesembilan Liek Hou muncul juara dunia selepas kali pertama melakukannya pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017, 2022 dan 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN