AADK Terengganu siasat aduan jarum dadah berselerak berhampiran

AADK Terengganu siasat aduan jarum dadah berselerak berhampiran pantai 

AGENSI Antidadah Kebangsaan ( AADK) Terengganu akan menjalankan siasatan lanjut di kawasan belakang Pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ekoran tular gambar jarum menghisap dadah di media sosial hari ini. - MEDIA SOSIAL/PAGE KUALA NERUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu akan menjalankan siasata ekoran penemuan beberapa batang jarum dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah yang berselerak di kawasan pantai belakang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini.

Pengarahnya, Arzmi Abdullah berkata, setakat ini kawasan berkenaan tidak pernah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan penagih dadah.

“Sepanjang pemantauan kita, kawasan belakang UMT itu tidak pernah dikenal pasti sebagai ‘port’ penagih. Biasanya, lokasi yang dikenal pasti adalah di sekitar Seberang Takir atau kawasan tepi sungai.

“Malah, ini adalah aduan pertama yang diterima membabitkan kawasan berkenaan dan saya akan mengarahkan pegawai menjalankan risikan serta pemantauan di lokasi terlibat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Arzmi berkata, pihaknya akan turun ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan di belakang pantai UMT.

“Berdasarkan maklumat diterima, risikan awal akan dijalankan dan sekiranya perlu, operasi bersepadu akan dilaksanakan. Berdasarkan gambar yang tular dalam media sosial, jarum berkenaan dipercayai digunakan untuk dadah jenis heroin yang kebiasaannya melibatkan penagih tegar,”katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar memaparkan jarum dipercayai milik penagih dadah yang dibuang di kawasan pantai belakang UMT tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai, khususnya berkaitan risiko kecederaan kepada kanak-kanak serta kemungkinan penularan penyakit berjangkit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN