Kumpulan England, Sepanyol curi tumpuan

Kumpulan England, Sepanyol curi tumpuan

MAJLIS undian saingan Liga Negara-Negara UEFA edisi 2027 di Belgium, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Sepanyol dan England bakal mencuri tumpuan apabila diundi bersama dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA edisi akan datang susulan keputusan undian yang berlangsung, semalam.

Pertemuan itu mengulangi aksi final Euro 2024 yang menyaksikan Sepanyol muncul juara selepas menewaskan England, sekali gus menambah lagi bahang perseteruan kedua-dua pasukan tersebut.

Juara Liga Negara-Negara 2023 itu juga hampir mempertahankan kejuaraan musim lalu, namun terpaksa berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas kepada Portugal menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam saingan Kumpulan A3, Sepanyol akan berdepan skuad England bimbingan Thomas Tuchel, selain Republik Czech dan Croatia yang muncul naib juara edisi 2023.

Saingan Liga Negara-Negara akan menjadi pentas utama bola sepak antarabangsa Eropah selepas Piala Dunia 2026 sebelum fokus beralih kepada kempen kelayakan Euro 2028.

Aksi peringkat kumpulan yang berlangsung secara timbal balik, melibatkan perlawanan di tempat sendiri dan lawan dijadualkan antara September hingga November tahun ini.

Dua pasukan teratas daripada setiap empat kumpulan Liga A akan mara ke peringkat suku akhir pada Mac 2027. Pemenang suku akhir seterusnya melangkah ke pusingan akhir empat pasukan yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2027 dan berkemungkinan dihoskan oleh salah satu negara yang layak.

Dalam perkembangan sama, juara bertahan Portugal yang juga juara edisi sulung 2019, diundi dalam Kumpulan A4 bersama Denmark, Norway dan Wales.

Sementara itu, Kumpulan A1 menyaksikan Perancis bakal membuat perhitungan dengan Itali, Belgium dan Turki, manakala Jerman, Belanda, Serbia serta Greece menghuni Kumpulan A2. – AFP

Undian Liga Negara-Negara

Kumpulan A1: Perancis, Itali, Belgium, Turkiye

Kumpulan A2: Jerman, Belanda, Serbia, Greece

Kumpulan A3: Sepanyol, Croatia, England, Republik Czech

Kumpulan A4: Portugal, Denmark, Norway, Wales

Kumpulan B1: Scotland, Switzerland, Slovenia, Macedonia Utara

Kumpulan B2: Hungary, Ukraine, Georgia, Ireland Utara

Kumpulan B3: Israel, Austria, Ireland, Kosovo

Kumpulan B4: Poland, Bosnia&Herzegovina, Romania, Sweden

Kumpulan C1: Albania, Finland, Belarus, San Marino

Kumpulan C2: Montenegro, Armenia, Cyprus, Latvia/Gibraltar

Kumpulan C3: Kazakhstan, Slovakia, Kepulauan Faroe, Moldova

Kumpulan C4: Iceland, Bulgaria, Estonia, Luxembourg/Malta

Kumpulan D1: Gibraltar/Latvia, Malta/Luxembourg, Andorra

Kumpulan D2: Lithuania, Azerbaijan, Liechtenstein

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN