PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun rentung dalam satu kebakaran melibatkan tiga rumah sewa di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 2.50 pagi sebelum pasukan polis dan bomba digerakkan ke lokasi. “Pemeriksaan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kegagalan litar pintas di salah sebuah rumah sewa sebelum api merebak…










