Jun Hao ‘berperang’ dengan prestasi

Jun Hao ‘berperang’ dengan prestasi

Leong Jun Hao kini berdepan masalah prestasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tahap kesediaan pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao untuk turun beraksi kini menjadi tanda tanya selepas permulaan musim yang kurang memberangsangkan.

Status kecederaan pemain perseorangan lelaki No.1 negara itu mungkin tidak dianggap serius, namun persoalan lebih besar kini tertumpu kepada tempoh rehat yang dilaluinya ketika ini.

Pemain ranking ke-27 dunia itu sebelum ini menarik diri daripada Indonesia Masters, satu keputusan yang menimbulkan tanda tanya terhadap kestabilan fizikalnya di gelanggang.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen ketika itu menjelaskan tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga, namun realitinya ia menjejaskan rentak Jun Hao.

Kini selepas tempoh pemulihan, Jonassen melihat perkembangan positif tetapi mengakui faktor keyakinan diri menjadi penentu utama sama ada Jun Hao benar-benar bersedia untuk kembali bersaing di pentas antarabangsa.

“Saya rasa itu sebenarnya satu persoalan untuk dirinya sendiri, mengenai apa yang dia rasakan dan saya dapat melihat dia mengikuti sesi latihan serta benar-benar melakukan yang terbaik untuk meningkatkan prestasinya.

“Itulah semangat yang kami mahukan dan pada pandangan saya dia nampak sangat bermotivasi, jadi saya menantikan satu lagi minggu yang baik sebelum kami berangkat ke Eropah,” kata Jonassen.

Jun Hao dijangka kembali beraksi di Terbuka Jerman bertaraf Super 300 bermula 23 Februari sebelum menggalas cabaran lebih besar di All England, dua kejohanan yang bakal menjadi kayu ukur sebenar tahap ketahanan fizikal dan mentalnya.

Selepas tersingkir awal di Terbuka Malaysia dan tidak sempat melangkah jauh di Terbuka India, kebangkitan Jun Hao bukan sekadar soal pulih daripada kecederaan, sebaliknya ujian keupayaan untuk membuktikan dirinya masih relevan dalam pelan jangka panjang skuad kebangsaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN