IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar sambutan Tahun Baharu Cina dihayati untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi keamanan negara. Menurut beliau, keamanan menjadi teras kepada rakyat untuk hidup dalam suasana harmoni dan mencari rezeki ketika ekonomi negara semakin baik. Beliau berkata, kerajaan sentiasa menekankan kepentingan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta mempertahankan kestabilan negara. “Semangat Tahun Baharu Cina perlu dihayati. Tahun ini tahun kuda,…








