PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak dapat menghadiri prosiding Lembaga Disiplin parti kerana masih berada di Sydney, Australia. Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai khas beliau kepada Utusan Malaysia. Beliau berkata, Hamzah sedang membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya sebelum menerima notis pada 7 Februari lalu untuk hadir ke prosiding Lembaga Disiplin Bersatu. “Beliau segera memaklumkan kepada Lembaga Disiplin bahawa tidak dapat…










