PETALING JAYA: Langkah kerajaan negeri Sarawak mengehadkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun wajar disokong sebagai usaha mengekang perkahwinan awal serta kehamilan remaja, selain melindungi kesihatan dan masa depan golongan muda. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd. Khalib berkata, cadangan itu selaras dengan penekanan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah bahawa perkahwinan awal membawa risiko besar dari…







