Blok ketiga kuasa baharu politik selepas PRU-15? - Utusan Malaysia

Blok ketiga kuasa baharu politik selepas PRU-15?

slim
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) boleh mengadakan proses membuang undi lebih sehari supaya Pilihan Raya Negeri Melaka berlangsung dalam suasana selamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gelora politik yang berterusan sejak tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) Februri lalu, kini mewujudkan desas-desus kemunculan blok ketiga sebagai alternatif kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Menariknya, kumpulan berkenaan bukan golongan ‘partisan’ atau berpihak mana-mana sebaliknya datang daripada cabang profesional atau mereka yang mempunyai imej putih dalam kalangan masyarakat.

Mengulas perkara itu, penganalisis politik dari Pusat Perdana, Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berpendapat, blok tersebut dilihat mempunyai potensi besar untuk mengubah landskap politik berasaskan kepartian, agama dan bangsa yang masih subur di negara ini jika PRU-15 diadakan selepas Julai ini.

Beliau berkata, kemunculan blok itu berdasarkan kajian terbaharunya yang mendapati akan berlaku pertambahan pengundi baharu seramai 7.4 juta orang selepas suku kedua tahun ini.

Jelasnya, mereka pengundi muda yang mendapat hak mengundi secara automatik selepas genap usia 18 tahun dan majoriti mereka tidak berparti dan berstatus ‘atas pagar’.

“Saya tak boleh jamin blok ketiga seperti ini boleh mencipta gelombang tetapi kalau kena caranya, pertambahan 7.4 juta pengundi muda ini boleh memenangkan mereka sekurang-kurangnya di 30 kerusi Parlimen.

“Pengundi muda dan atas pagar ini besar, lebih 65 peratus daripada keseluruhan. Mereka ini rata-ratanya tidak berparti dan akan memilih calon yang relevan pada satu-satu masa.

“Jika Pakatan Harapan (PH) nampak relevan ketika PRU-15, maka mereka akan pilih PH. Jika Barisan Nasional (BN) lebih baik tawarannya, maka BN akan menjadi pilihan. Blok ketiga yang terdiri daripada profesional ini pun tidak terkecuali, kena pada caranya memang boleh menang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, mulai Julai ini seluruh rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak mengundi berikutan sistem pendaftaran pengundi automatik sedia dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom memberitahu Utusan Malaysia, pihaknya ketika ini dalam proses mengemas kini daftar pemilih termasuk mengenal pasti empat juta rakyat berusia 21 tahun ke atas yang belum berdaftar.

Mengenai desakan UMNO agar PRU-15 diadakan secepat mungkin, Mazlan berkata, tindakan itu juga bertitik tolak daripada pertambahan pengundi muda selepas Julai 2021.

Katanya, UMNO melihat peluangnya untuk kembali menerajui Putrajaya mungkin berkubur seandainya PRU-15 tidak diadakan sekarang.

“Semua parti poltik termasuk UMNO cakna mengenai apa yang akan jadi selepas Julai ini. Sebab itu UMNO mendesak diadakan PRU-15 sekarang atau sekurang-kurangnya sebelum suku kedua berakhir.

“Perikatan Nasional (PN) juga nampak percaturan yang cuba diaturkan oleh UMNO. Tambahan pula bagi mereka, tidak perlu pilihan raya diadakan sekarang kerana wabak Covid-19 masih belum reda,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN