Carrick puji aksi berbisa Sesko

Carrick puji aksi berbisa Sesko

MICHAEL CARRICK - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LIVERPOOL: Pengurus Manchester United, Michael Carrick memuji impak besar pemain gantian, Benjamin Sesko selepas penyerang Slovenia itu meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Everton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
Menurut Carrick, ketajaman dan keyakinan yang dipamerkan Sesko ketika menyempurnakan peluang jelas membuktikan nilai sebenar pemain berusia 22 tahun itu walaupun belum pernah disenaraikan dalam kesebelasan utama sejak dia memimpin Red Devils.
Gol kemenangan di Goodison Park terhasil menerusi gerakan pantas membabitkan tiga pemain baharu United yang dibawa masuk pada musim panas lalu.
Matheus Cunha bijak melorongkan bola kepada Bryan Mbeumo sebelum pemain itu membuat hantaran kepada Sesko untuk disudahkan dengan tenang.
“Ia adalah penyudah yang kejam, saya suka cara dia menyudahkannya dengan penuh keyakinan.
“Permainan hebat daripada Matheus dan Bryan untuk menciptanya (peluang). Gembira untuk Ben sekali lagi, masuk sebagai pemain gantian dan membuat perbezaan,” kata Carrick.
Sesko berpindah ke Old Trafford pada musim panas lalu dengan nilai perpindahan 200 juta pound (RM1 bilion). – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN