BATC: Malaysia tunduk kepada Indonesia 2-3

BATC: Malaysia tunduk kepada Indonesia 2-3

AKSI Perseorangan lelaki negara, Eogene Ewe ketika menentang Prahdiska Bagas Shujiwo di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Qingdao, China, hari ini.-IHSAN FB BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad lelaki negara muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas tipis kepada Indonesia 2-3 pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Qingdao, China, hari ini.

Malaysia yang menurunkan pasukan kedua pada edisi kali ini, bermula dengan baik apabila mendahului negara tetangga itu 2-0.

Pemain No. 39 dunia, Justin Hoh yang diletakkan sebagai perseorangan pertama melakar kemenangan straight set ke atas juara Thailand Masters, Muhammad Zaki Ubaidillah 21-16, 21-19 dalam masa 46 minit.

Kemenangan ke atas Zaki yang menghuni ranking ke-38 dunia membolehkan Justin merapatkan rekod pertemuan kepada 1-2.

Arif Junaidi-Yap Roy King yang turun sejurus selepas itu turut beraksi cemerlang apabila mengejut pasangan No. 16 dunia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana 21-13, 12-21, 21-13 dalam masa 50 minit.

Eogene Ewe yang menggalas cabaran sebagai perseorangan kedua bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan Malaysia.

Pemain ke-87 dunia itu yang berusaha menghadirkan tentangan sengit tunduk kepada Prahdiska Bagas Shuji dalam permainan yang berlanjutan sehingga ke set penentuan 12-21, 21-14, 15-21 dalam masa 1 jam 3 minit.

Indonesia yang terdesak mencari mata penyamaan bagi mengelak kejutan, berjaya mengikat skuad negara apabila Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri akur di tangan beregu muda sedang meningkat naik Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 11-21, 19-21 dalam masa 57 minit.

Kedudukan yang terikat 2-2 dengan Malaysia bergantung harapan kepada pemain berusia 17 tahun, Kong Wei Xiang akhirnya terpaksa menyerah kalah menerusi keputusan 2-3.

Wei Xiang yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara kejohanan kebangsaan bawah 21 tahun tewas kepada pemain jauh lebih berpengalaman, Anthony Sinisuka Ginting 17-21, 21-13, 16-21 dalam masa 1 jam 2 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN