BARCELONA: Pengurus Barcelona, Hansi Flick mengakui tidak berpuas hati dengan persembahan pasukannya walaupun mencatat kemenangan 3-0 ke atas Mallorca dalam aksi liga, semalam.
Robert Lewandowski dan bintang muda sensasi, Lamine Yamal, masing-masing mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut.
Kemenangan itu membolehkan juara bertahan La Liga berkenaan melebarkan jurang kepada empat mata di puncak liga, meninggalkan seteru utama, Real Madrid di tempat kedua yang akan bertemu Valencia, hari ini.
“Saya tidak gembira, kami tidak berada pada tahap kami, permainan dan hantaran terlalu perlahan. Separuh masa pertama bukan seperti cara Barca mahu bermain, (tetapi) separuh masa kedua jauh lebih baik,” kata Flick.
Dalam satu lagi perlawanan, Real Sociedad mencatat kemenangan 3-1 ke atas Elche untuk melonjak ke tangga kelapan liga, hanya empat mata di belakang Real Betis di kedudukan kelima. – AFP










