Arsenal kukuh cengkaman takhta EPL

Arsenal kukuh cengkaman takhta EPL

Pertahanan Leeds United dari Wales, Joe Rodon (kiri), bersaing merebut bola dengan pemain tengah Arsenal dari England, Declan Rice, dalam aksi Liga Perdana Inggeris antara Leeds United dan Arsenal di Elland Road, Leeds, utara England, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal menamatkan kebimbangan terhadap mentaliti kejuaraan mereka apabila membelasah Leeds United 4-0 di Elland Road sekali gus melebarkan kelebihan tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Kemenangan meyakinkan itu hadir tepat pada masanya selepas The Gunners hanya meraih dua mata daripada tiga perlawanan sebelum ini, selain dibayangi kekalahan di laman sendiri kepada Manchester United hujung minggu lalu.

Mikel Arteta mengakui prestasi anak buahnya amat mengagumkan, lebih-lebih lagi selepas kehilangan Bukayo Saka yang cedera ketika memanaskan badan sebelum perlawanan.

Pengganti Saka, Noni Madueke, tampil cemerlang apabila menjadi pencetus dua gol awal menerusi hantaran yang disudahkan Martin Zubimendi dan tekanan sehingga menghasilkan gol sendiri penjaga gol Leeds, Karl Darlow.

Viktor Gyokeres yang sebelum ini dikritik hebat menambah jaringan ketiga Arsenal sebelum Gabriel Jesus melengkapkan pesta gol menerusi rembatan padu pada penghujung perlawanan.

Sementara itu, di Stamford Bridge, Chelsea bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan West Ham United 3-2 hasil kebangkitan luar biasa separuh masa kedua di bawah kendalian Liam Rosenior.

Rosenior memuji reaksi pemainnya selepas tiga pertukaran dibuat pada waktu rehat yang menyaksikan Joao Pedro dan Marc Cucurella menyamakan kedudukan sebelum Enzo Fernandez meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

Dalam pada itu, Liverpool meraih kemenangan liga pertama tahun ini apabila menewaskan Newcastle United 4-1 di Anfield, dengan Hugo Ekitike dan Florian Wirtz mencuri tumpuan dalam perlawanan yang turut menyentuh emosi Ibrahima Konate.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN