KUALA LANGAT: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang ini. Anwar berkata, kunjungan tersebut bukan merupakan lawatan rasmi, sebaliknya pertemuan atas dasar persahabatan bagi membincangkan kepentingan bersama kedua-dua negara. Jelasnya, pertemuan kali ini turut melibatkan mesyuarat dua hala merangkumi isu-isu berbangkit yang perlu diselesaikan secara bersama. Menurut beliau, antara perkara yang bakal dibincangkan termasuk perkembangan projek-projek yang telah dipersetujui sebelum ini.…








