PETALING JAYA: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Shaharoom Hashim tidak pernah dimaklumkan mengenai kewujudan kenyataan bertulis yang dihasilkan ketika siasatan dalaman berhubung kematian Zara Qairina Mahathir. Ketika prosiding inkues bersambung, Pegawai Pengendali, Mohd. Fairuz Johari mengajukan soalan jika beliau pernah dimaklumkan oleh unit disiplin sekolah mengenai dokumen yang mengandungi kenyataan lima pelajar berhubung insiden pada malam 15 Julai lalu. Shaharoom yang juga saksi ke-47 itu berkata,…








