Zara Qairina mengadu diganggu pelajar lelaki tingkatan tiga

Zara Qairina mengadu diganggu pelajar lelaki tingkatan tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak memberitahu pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir pernah mengadu dengannya bahawa dia diganggu oleh seorang pelajar lelaki tingkatan tiga.

Ujar saksi kanak-kanak ke-21 itu, dia dan Zara Qairina pernah terserempak dengan pelajar lelaki yang dimaksudkan ketika hendak pergi prep petang (sesi mengulangkaji).

Tambahnya, pelajar lelaki itu telah memanggil Zara Qairina dan ketika itu remaja terbabit meminta pertolongannya.

“Saksi beritahu Zara kata tolong aku, tolong aku sewaktu dipanggil pelajar lelaki itu. Saksi kemudian beranikan diri bersemuka dengan pelajar berkenaan dan cakap “jangan ba mengete (menggedik) sama form 1, sebab kau sudah ada girlfriend”,” kata peguam, Joan Goh dalam kenyataan medianya selepas tamat prosiding inkues kematian Zara Qairina yang memasuki hari ke-27 hari ini.

Selain itu, saksi inkues ke-30 itu juga memberitahu, sewaktu prep (hari berlainan), dia melihat Zara Qairina berdiam diri. Saksi itu turut menyifatkan remaja terbabit sebagai seorang yang suka memendam perasaan dan suka menulis diari.

Dia kemudian diberitahu oleh rakan yang lain bahawa Zara Qairi cakap dengan rakan itu “bye… kalau aku pergi kau sayang aku ka?”

Serang rakan sekelas Zara Qairina turut memberitahu saksi itu bahawa Zara Qairina telah selitkan sepucuk nota dalam tafsir Al-Quran milik kawan kelas itu yang tertulis “bye……dari Zara kesayangan”.

Saksi turut ditunjukkan tulisan ‘Doakan Zara Qairina menjadi Badar’ yang ditulis remaja terbabit dalam buku sketch selepas kejadian malang yang berlaku pada awal pagi, 16 Julai lalu.

Terdahulu, saksi kanak-kanak ke-20 memberitahu, dia pernah mendengar pelajar senior menyindir Zara Qairina dan berkata ”Ei siapalah tu yang getek-getek (menggedik-gedik) sama putera tu”.

Dia juga ada melihat contengan di kelas RBT (Reka Bentuk & Teknologi) dan turut memberitahu guru mengenai contengan tersebut.

Pada prosiding sebelum ini, peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina pernah bertanya kepada Ketua Warden yang juga guru bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Kinarut, Papar, Azhari Abd Sagap mengenai contengan yang bertulis ‘Zara Qairina perasan cantik’

Guru terbabit bagaimanapun memberitahu dia hanya mengetahui mengenai contengan itu selepas mendengar rakaman audio yang tular di media sosial. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×