GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menubuhkan Unit Pendidikan Fleksibel dan Pentauliahan (Credentia) sebagai pelengkap kepada ekosistem micro-credential (program jangka pendek) sedia ada serta mekanisme pentauliahan mikro bagi pendidikan laluan fleksibel. Naib Canselor USM, Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, penubuhan Credentia sejajar dengan hala tuju Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 yang meletakkan pembelajaran sepanjang hayat sebagai teras kepada pembangunan sistem pendidikan tinggi yang inklusif, fleksibel…










