Terbuka Malaysia: Pang Ron-Su Yin bangkit ke pusingan kedua

Terbuka Malaysia: Pang Ron-Su Yin bangkit ke pusingan kedua

Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mencetuskan kejutan besar di laman sendiri apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-21 dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menyingkirkan pasangan pilihan utama Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 20-22, 21-18, 21-17 dalam pertarungan sengit selama 72 minit.

Kemenangan bermakna itu bukan sahaja mengangkat moral pasangan negara, malah memadam badi dua kekalahan berturut-turut kepada gandingan Denmark berkenaan pada musim lalu, masing-masing di Terbuka Macau dan Malaysia Masters 2024.

Bagaimanapun, cabaran lebih getir menanti Pang Ron-Su Yin apabila berkemungkinan berdepan rakan senegara yang juga juara dunia 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada aksi pusingan kedua.

Tang Jie-Ee Wei dijadualkan membuka kempen mereka menentang pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu pada perlawanan pusingan pertama, petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN