Sze Fei-Izzuddin balas dendam ke atas Lundgaard-Vastergaard

Sze Fei-Izzuddin balas dendam ke atas Lundgaard-Vastergaard

Aksi pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin ketika menentang pasangan Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melepasi halangan awal selepas membenam wakil Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Kemenangan straight set 21-15, 21-13 dalam masa 38 minit dilakar beregu No. 7 itu juga satu kejayaan membalas dendam ke atas gandingan ke-27 dunia tersebut yang menumpaskan Sze Fei-Izzuddin di peringkat sama, tahun lalu.

Kejayaan yang dicatat Sze Fei-Izzuddin membuka laluan buat gandingan profesional tersebut menyamakan rekod pertemuan kepada 2-2.

Sze Fei-Izzuddin yang mendapatkan bantuan kepakaran bekas pemain No. 1 dunia, Koo Kien Keat pada Terbuka Malaysia kali ini, nampaknya membuahkan hasil dengan permainan yang lebih agresif dipamerkan beregu No. 3 Malaysia itu.

Pada pusingan kedua, Khamis ini, Sze Fei-Izzuddin dijangka berdepan sama ada rakan senegara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri atau Ben Lane-Sean Vendy dari England. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN