PETALING JAYA: Pelaksanaan persekolahan kanak-kanak bermula usia enam tahun selaras dengan realiti semasa yang menuntut pendedahan pembelajaran lebih awal bagi mempercepat perkembangan mereka. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, cadangan tersebut bukan memaksa kanak-kanak menjadi dewasa sebelum waktunya sebaliknya menyesuaikan sistem pendidikan dengan perubahan dunia masa kini. “Pendedahan awal sudah berlaku secara semula jadi. Kanak-kanak hari ini terdedah kepada bahasa, teknologi, visual, dan maklumat…










