PETALING JAYA: Sarawak sedia berdepan dengan permohonan di mahkamah yang difailkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi mendapatkan penjelasan undang-undang mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak. Penasihat Undang-Undang Sarawak, Datuk Seri J.C Fong berkata, pihaknya iaitu Pejabat Peguam Negeri Sarawak sudah pun bersiap sedia bagi berhadapan permohonan tersebut di mahkamah. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai implikasi yang mungkin berlaku susulan permohonan tersebut. “Kami, Pejabat Peguam Sarawak,…










