PADAWAN: Sarawak akan mengkaji semula hala tuju Ujian Penilaian-Program Dwibahasa (UP-DLP) sekiranya peperiksaan peringkat kebangsaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilaksanakan semula. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kementeriannya akan mengambil pendekatan berhemah dalam menyelaraskan inisiatif pendidikan di negeri ini, dengan sebarang perubahan dasar di peringkat persekutuan. “Kita akan melihat perkara ini dengan lebih lanjut apabila sampai…










