MELBOURNE: Pemain No. 1 dunia, Aryna Sabalenka mengatasi kepanasan melampau sehingga 45 celcius untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia selepas menundukkan pemain Amerika Syarikat (AS), Iva Jovic, 6-3, 6-0, hari ini.
Pemain dari Belarus itu kini menanti pemenang pertemuan antara pilihan ketiga, Coco Gauff dan pilihan ke-12, Elina Svitolina bagi memburu tiket ke final.
Sabalenka, yang berhasrat memenangi gelaran Melbourne ketiganya dalam empat tahun, belum tewas satu set pun dalam kejohanan kali ini.
“Pemain-pemain muda ini telah menguji saya dalam beberapa pusingan terakhir. Ini perlawanan yang sukar. Jangan lihat pada keputusan, ia sama sekali tidak mudah.
“Dia (Jovic) bermain tenis dengan luar biasa. Menolak saya ke tahap yang lebih baik dan saya sangat gembira dengan kemenangan ini,” kata Sabalenka. – AFP










