Regragui kecam insiden cemari final AFCON

Regragui kecam insiden cemari final AFCON

WALID REGRAGUI - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Jurulatih Maghribi, Walid Regragui mengecam insiden memalukan yang mencemari aksi final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) semalam, apabila pemain Senegal meninggalkan padang sebagai tanda protes pada lewat permainan sebelum kembali beraksi dan memenanginya.

“Imej yang kita tunjukkan tentang bola sepak Afrika adalah agak memalukan. Terpaksa menghentikan perlawanan selama lebih 10 minit dengan seluruh dunia menyaksikan bukanlah sesuatu yang berkelas,” kata Regragui selepas pasukannya tewas 0-1.

Maghribi mempunyai peluang keemasan untuk memenangi trofi apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan di penghujung masa sebenar ketika perlawanan masih terikat tanpa jaringan.

Pengadil dari Congo, Jean-Jacques Ndala, memberikan sepakan penalti itu selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) bagi cabaran ke atas Brahim Diaz oleh pertahanan Senegal, El Hadji Malick Diouf.

Pemain Senegal berang dengan keputusan tersebut dan beberapa daripada mereka meninggalkan padang sebagai tanda bantahan, manakala sebahagian penyokong Senegal yang marah membaling objek dan bergelut dengan petugas keselamatan ketika cuba memasuki padang.

Perlawanan tertangguh hampir 20 minit sebelum Diaz mengambil sepakan tersebut, namun percubaan lemah gaya Panenka yang dilakukannya mudah diselamatkan.

Perlawanan kemudian diteruskan ke masa tambahan dan jaringan cantik Pape Gueye untuk Senegal menjadi gol kemenangan, sekali gus membolehkan mereka menjulang kejuaraan buat kali kedua.

“Dia mempunyai banyak masa sebelum mengambil penalti itu dan ia pasti mengganggu tumpuannya.

“Namun kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku. Itulah cara dia memilih untuk mengambil penalti tersebut. Sekarang, kita perlu melihat ke hadapan,” kata Regragui. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN