PETALING JAYA: Proses pengosongan dan pemindahan penghuni kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Kastam, Klang, Selangor dan Ipoh, Perak dilaksanakan secara terancang dan berkoordinasi. Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan pengosongan tapak itu juga bukan dibuat secara unilateral, sebaliknya dilaksanakan melalui sesi libat urus, rundingan dan keputusan bersama semua pihak berkaitan. Ia sekali gus menafikan dakwaan dibuat oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) yang tidak mencerminkan proses…










