PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dijangka memuktamadkan pelantikan pengerusi baharunya dalam tempoh terdekat, selewat-lewatnya bulan ini, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut beliau, pertemuan antara pimpinan tertinggi Pas dan Bersatu yang berlangsung hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh struktur serta memperkemas hala tuju gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). “Kita menilai keseluruhan kerangka PN bagi memastikan asas gabungan ini lebih mantap…










