PETALING JAYA: Sambutan Perayaan Ponggal mencerminkan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan utama perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perayaan itu bukan sekadar tradisi masyarakat Tamil, sebaliknya membawa makna penghargaan terhadap nikmat rezeki serta hasil usaha yang dikecapi sepanjang tahun. Katanya, Ponggal juga mempunyai nilai signifikan dalam kehidupan masyarakat Tamil kerana ia berkait rapat dengan sistem kalendar tradisional serta permulaan fasa baharu dalam kehidupan.…










