PETALING JAYA: Pemandu e-hailing terus berdepan tekanan akibat peningkatan kos operasi, dasar yang tidak konsisten, sistem yang menekan serta kegagalan tadbir urus yang berpanjangan meskipun mereka sering diangkat sebagai tulang belakang industri pengangkutan awam negara. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, antara isu paling mendesak ialah kenaikan mendadak Premium Insurans E-Hailing yang didakwa mencecah sehingga 150 peratus, sekali gus menjejaskan pendapatan dan kelangsungan hidup ribuan pemandu di seluruh negara. “Pemandu…










