Ling Ching, Jin Wei berebut slot final Thailand Masters

Ling Ching, Jin Wei berebut slot final Thailand Masters

Wong Ling Ching
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Situasi ini jarang sekali berlaku, apabila perjuangan Malaysia hanya diteruskan pemain perseorangan wanita, selepas Wong Ling Ching dan Goh Jin Wei mara ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Thailand Masters di Bangkok, Thailand, hari ini.

Apa yang lebih menarik lagi, Ling Ching akan menghitung pertemuan dengan Jin Wei bagi merebut slot ke perlawanan akhir.

Dalam suku akhir, Ling Ching yang menghuni ranking ke-43 dunia dipaksa bermain selama 1 jam 4 minit sebelum beroleh kemenangan rubber set ke atas Isharani Baruah dari India 18-21, 21-16, 21-13.

Kemenangan tersebut menyaksikan rekod pertemuan Ling Ching menentang Baruah yang merupakan pemain ke-48 dunia kini berpihak kepada wakil negara itu 2-1.

Sementara itu, dalam satu lagi separuh akhir membabitkan pertembungan dua pemain Malaysia, berkesudahan Jin Wei yang kini menghuni ranking ke-68 dunia menundukkan K. Letshanaa 12-21, 21-17, 21-19 dalam masa 55 minit.

Kedua-dua pemain tersebut belum pernah bertemu dalam sebarang kejohanan antarabangsa dan perlawanan, hari ini, menyaksikan Jin Wei mendahului 1-0 ke atas Letshanaa yang berada di tangga ke-38 dunia.

Dalam pada itu, dua beregu lelaki Malaysia, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong dan Chia Weijie-Lwi Sheng Hao terkandas di suku akhir selepas tumpas di tangan lawan masing-masing.

Gandingan No. 28 dunia, Azriyn-Wee Kiong kalah di tangan pasangan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 13-21, 14-21 dalam masa 36 minit.

Weijie-Sheng Hao pula gagal menyaingi kehebatan pilihan pertama, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia 11-21, 16-21 dalam masa 29 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN