RANTAU PANJANG: Kompleks Imigresen, Kastam, Kurantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini, lengang susulan insiden letupan bom menyasarkan hampir 12 stesen minyak di selatan Thailand, kelmarin. Tinjauan di pintu sempadan Malaysia-Thailand itu mendapati, tiada kenderaan Malaysia beratur panjang melepasi sempadan negara ini. Seorang pelancong, Ahmad Shahrul Yusof, 30, berkata, walaupun mengetahui ada kejadian letupan bom dia terpaksa bermalam di Golok Thailand, semalam. “Saya tahu kejadian bom setelah melepasi sempadan…










