Kem renang para negara tuai empat pingat

Kem renang para negara tuai empat pingat

PINGAT emas dimenangi oleh Rusdianto Rusmadi dalam acara 50 meter (m) kupu-kupu S8 manakala Muhd Nur Syaiful Zulkafli membawa pulang perak menerusi 200m gaya bebas S5 sementara dua gangsa diraih Muhd Zhafri Adam Mohd Azmi dan Wahyu Eqwal Nazrey masing-masing dalam acara 200m gaya bebas S14 dan 100m kuak lentang S5.-IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kem renang para negara mempamerkan aksi cemerlang apabila menuai satu emas, satu perak dan dua gangsa dalam kempen Sukan Para ASEAN 2025 yang kini sedang berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pingat emas dimenangi oleh Rusdianto Rusmadi dalam acara 50 meter (m) kupu-kupu S8 manakala Muhd Nur Syaiful Zulkafli membawa pulang perak menerusi 200m gaya bebas S5.

Dua gangsa diraih Muhd Zhafri Adam Mohd Azmi dan Wahyu Eqwal Nazrey masing-masing dalam acara 200m gaya bebas S14 dan 100m kuak lentang S5.

Dalam pada itu, atlet tenpin boling para negara, Abang Yahya Abang Azhar memenangi pingat emas dalam acara TPB4 individu lelaki manakala rakan senegaranya, Muhammad Razif Iskandar Abdul Muiz meraih perak.

Sementara itu, pelumba berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin membawa pulang pingat kedua peribadinya pada temasya itu selepas meraih perak dalam acara lebuhraya individu lelaki C1-C2.

Rakan senegara, Zuhairi Ahmad Tarmizi pula meraih pingat gangsa dalam acara lebuhraya individu lelaki C3-C5.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN