PETALING JAYA: Jenazah pegawai kanan Pasukan 69 Komando (VAT69), Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, Sabah semalam dibawa pulang dan akan dikebumikan di Tanjung Rambutan, Perak. Menerusi perkongsian di Facebook, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis C130 ke Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, hari ini. Pesawat dijadual berlepas pada…








