MELAKA: Sebarang langkah mengehadkan tempoh jawatan kepimpinan perlu diteliti secara menyeluruh kerana pelaksanaan sesuatu dasar politik memerlukan tempoh masa yang panjang bagi memastikan keberkesanannya. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, perubahan kepimpinan dalam tempoh singkat berisiko menyebabkan dasar yang sedang dilaksanakan tergantung apabila pendekatan baharu diperkenalkan sebelum dasar terdahulu disempurnakan. “Saya melihat dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa, isu had tempoh dua penggal ini perlu diteliti…








