JOHOR BAHRU: Bapa kepada kanak-kanak penghidap biliary atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati sejak kecil, Anaqi Mikhael Mohamad Sharafi, 8, berharap pembedahan yang bakal dilaksana dengan kos RM185,000 dapat disegerakan serta berjalan lancar. Mohamad Sharafi Mokhtar, 32, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu ketika ini bergantung hidup dengan alat bantuan pernafasan dan pembedahan itu merupakan ikhtiar terakhir bagi membolehkannya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak seusia. Katanya, penyakit itu dikesan…










