Keputusan Mahkamah Persekutuan petunjuk akta lompat parti perlu pindaan - Utusan Malaysia

Keputusan Mahkamah Persekutuan petunjuk akta lompat parti perlu pindaan

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap empat bekas ahlinya yang melompat parti menunjukkan undang-udang lompat parti memerlukan pindaan.

Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menggesa Parlimen meneliti, meminda dan memperkukuhkan undang-undang lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663).

Ronald berkata, Bersatu menghormati keputusan mahkamah, namun penelitian dan pindaan semula perlu bagi memastikan undang-undang yang dikuat kuasa sejak 2022 itu berupaya mengekang pengkhianatan mandat rakyat serta menjamin kestabilan politik yang berteraskan prinsip, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban.

“Keputusan secara jelas menafikan semangat dan hasrat sebenar undang-undang anti lompat parti, sekali gus menjadikannya tidak berkesan dari segi pelaksanaan.

“Sesuatu undang-undang yang gagal menterjemahkan niat, roh dan objektif penggubalannya bukan sahaja lemah, ia juga sekadar menjadi hiasan perundangan tanpa impak sebenar terhadap integriti sistem demokrasi dan mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Bersatu bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengosongkan kerusi empat ahli Parlimen Sabah kerana berpaling tadah.

Kerusi itu disandang oleh Datuk Armizan Mohd. Ali (Papar), Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).

Ronald berkata, sekiranya Parlimen tidak bersedia atau tidak berani memperbetulkan kelemahan yang ketara itu, maka lebih baik undang-undang itu dimansuhkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN