SEREMBAN: Seramai 580 anggota daripada tujuh jabatan dan agensi kerajaan mengambil bahagian dalam Eksesais Perisai Bandar 2026 yang julung kali diadakan di negeri ini. Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, latihan itu pertama kali diadakan yang mengumpulkan tujuh jabatan dan agensi kerajaan membentuk satu gabungan bersama menangani situasi keselamatan dalam negeri. Beliau berkata, jabatan dan agensi terlibat ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM),…










