REMBAU: Dua orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, kejadian pukul 4 petang itu melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang Ismawanie Husna Ismail, 19, bersama rakannya, Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19. Katanya, siasatan awal mendapati kedua-kedua mangsa dalam perjalanan dari arah UiTM Rembau menghala…









