BATU PAHAT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di perairan Batu Pahat di sini telah diperluaskan sehingga jarak 207 batu nautika persegi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, operasi itu diambil susulan pihaknya masih gagal menemukan sebarang petanda lokasi kedua-dua mangsa selepas SAR dibuat di kawasan mereka dilapor terjatuh. “Kami menggesa komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan ketika turun…







