PETALING JAYA: Dasar baharu penggajian ekspatriat akan berkuat kuasa bermula 1 Jun 2026 bagi memberi ruang persediaan yang mencukupi kepada pihak majikan dan industri. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, dasar baharu ini memperkenalkan penstrukturan semula gaji bagi Pas Penggajian Ekspatriat Kategori I, II dan III. Ini kerana Jemaah Menteri pada 17 Oktober lalu telah bersetuju untuk melaksanakan dasar baharu penggajian ekspatriat yang melibatkan penstrukturan semula kadar gaji bagi Pas Penggajian…










